Rekabentuk bandar Tamadun_Maya

Ketika bandar Maya merebak serata geografi Mesoamerika, tahap dari perancangan tapak bandar keluhatannya minima; bandar mereka telah dibina sembarangan menurut keadaan mukabumi setiap tapak bandar, seni bina Maya cenderung untuk merangkumi sebahagian besarnya dengan keadaan mukabumi asal. Contohnya, sebahagian bandar yang wujud di dataran batu kapur di utara Yucatan berubah kepada bandaraya terbentang luas, sementara yang lain yang dibina di kawasan berbukit-bukau di Usumacinta menggunakan keadaan mukabumi berbukit asli untuk mendirikan menara dan kuil mereka pada ketinggian menakjubkan. Bagaimanapun, sebahagian persamaan dari bentuk, yang diperlukan oleh sebarang bandar besar, masih berjaya diatasi. Pada permulaan pembinaan berskala besar, kebiasaannya satu titik tengah telah ditetapkan selari dengan arah jarum kompas dan bergantung kepada lokasi dan sumber asli seperti adanya sumber air bersih, atau "cenotes", bandar tersebut akan diperluaskan dengan menyambung medan besar dengan platform yang banyak yang membentuk sub-struktur bagi kesemua bangunan Maya, melalui laluan pejalan kaki sacbeob. Di pusat bandar Maya wujud plaza besar dikelilingi oleh bangunan kerajaan dan keugamaan paling penting seperti makam diraja, kuil piramid agung dan kadang-kala padang bola Mesoamerika

Stela di CopánBatu bertanda pada stela di Copán

Betul-betul diluar pusat budaya terdapat binaan bangsawan kurang penting, kuil kecil, dan kuil persendirian.... ringkasnya semakin kurang penting semakin kurang menjadi tumpuan. Apabila lebih banyak binaan ditambah dan bangunan sedia ada dibina semula atau diubah suai, bandar Maya agung kelihatannya mempunyai identiti yang rawak, jelas bertentangan dengan bandaraya Mesoamerika lain seperti Teotihuacan yang mempunyai pembinaan berpetak. Sungguhpun bentuk bandar bergantung kepada keadaan mukabumi, perhatian khusus diberikan kepada arah kuil dan tempat pemerhatian bintang dan mereka dibina menurut pengertian Maya tentang orbit bintang. Diluar pusat bandar, rumah yang lebih kecil dan tidak kekal kepunyaan rakyat biasa dibina.

Reka bentuk bandar Maya Klasik dapat digambarkan dengan mudah sebagai pembahagian ruang oleh peringatan besar dan jalan laluan. Dalam kes ini, dataran terbuka umum merupakan tempat perkumpulan orang ramai dan merupakan tumpuan bagi reka bentuk bandar, sementara ruang dalaman mendapat tempat kedua. Hanya pada Zaman Pasca-Klasik Akhir, bandar besar Maya beransur membangun menjadi struktur pertahanan sepertikubu yang tidak mempunyai dataran yang tidak sebanyak seperti era Klasik.

Bahan Binaan

Sesuatu yang menghairankan mengenai struktur pembinaan Maya adalah ketiadaan teknologi moden yang dianggap perlu bagi pembinaan struktur sedemikian. Ketiadaan perkakasan logam, takal, dan juga roda tidak menjadi masalah kerana seni bina Maya memerlukan hanya satu sumber tetapi dalam jumlah yang besar: tenaga manusia. Sungguhpun begitu, selain keperluan yang banyak ini, bahan yang lain kelihatannya mudah di dapati. Kesemua batu untuk bangunan Maya kelihatannya di ambil daripada kuari tempatan; pada kebiasaannya ini merupakan batu kapur yang ketika dikeluarkan masih lembut untuk diukir dengan menggunakan perkakasan batu dan hanya menjadi keras serelah lama terdedah kepada udara. Selain daripada pengunaan bagi pembinaan struktur, kebanyakan bahan motar Maya menggunakan batu kapur yang dihancurkan, dibakar, dan digaul yang membentuk bahan menyerupai simen dan digunakan sebagai lapisan kemasan stucco selain sebagai motar. Bagaimanapun, kemajuan dalam teknik melombong batu mengurangkan pergantungan kepada stucco batu kapur apabila batu yang diambil dipotong dengan begitu sempurna ukurannya. Bagaimanapun campuran motar ini kekal sebagai unsur penting dalam sebahagian tiang dan atap lintel. Dalam kes rumah biasa, tiang kayu, adobe, dan atap jerami merupakan bahan yang biasa digunakan; bagaimanapun apa yang kelihatannya seperti rumah orang kebanyakan, yang dibina dari batu kapur turut dijumpai. Ia patut dijelaskan bahawa dalam satu kejadian, di bandar Comalcalco, batu-bata tanah liat dibakar telah digunakan bagi menggantikan kekurangan deposit batu utama.

Proses Pembinaan

Kesemua bukti yang ada mencadangkan bahawa kebanyakan bangunan batu yang terdapat di kemuncak sub-struktur pelantar yang berbeza ketinggiannya dari kurang daripada satu meter, dalam kes tambak "terraces" dan struktur kecil, sehingga 45 meter bagi kuil agung dan piramid.

Susunan tangga batu yang curam biasanya membelah pelantar bertingkat besar pada satu bahagian, menyumbang kepada penonjolan "bi-symmetrical" yang biasa terdapat pada seni reka Maya. Bergantung kepada kecenderungan stail yang biasa pada sesuatu kawasan, pelantar tersebut kemungkinannya dibina dari batu stucco yang dipotong dibahagian luar dan diisi dengan anak batu yang di isi padat. Sebagaimana dengan kebanyakan ukiran timbul Maya, apa yang terdapat di atas pelantar sering berkait dengan tujuan struktur yang didirikan. Dengan itu, apabila pelantar sub-struktur siap, tempat kediaman utama dan kuil Maya di bina di atas asas yang kukuh di atas pelantar. Ketika semua struktur dibina, tiada perhatian diberikan kepada kegunaan mereka atau hiasan luaran; bagaimanapun, a beberapa ciri-ciri berulang, gerbang batu corbeled arch, seringkali digunakan bagi menyamai bentuk dan perasaan pondok Maya ringkas. Walaupun ini bukannya perkakasan yang sesuai untuk meningkatkan ruang dalaman, kerana dinding batu yang tebal diperlukan untuk menyokong siling yang tinggi, sesetengah kuil menggunakan gerbang berulang, atau corbeled vault, untuk membina apa yang dikenali oleh orang Maya sebagai pibnal, atau sweatbath, sebagaiman yang terdapat di Kuil Salib Temple of the Cross di Palenque. Apabila struktur siap dibina, biasanya kerja-kerja hiasan yang menyeluruh dilakukan ... biasanya hanya pada stucco penutup yang digunakan bagi menghapuskan sebarang kecacatan; bagaimanapun, banyak ukiran lintel telah ditemui, termasuk juga ukiran batu sebenar yang digunakan sebagai muka depan. Biasanya, ia akan berterusan tanpa henti mengelilingi selurut binaan dan mengandungi pelbagai hasil seni berkaitan dengan penghuni atau tujuan bangunan tersebut. Walaupun bukan terdapat di kesemua lokasi Maya, penggunaan stucco yang diwarnakan turut dijumpai.

Ia telah dicadangkan bahawa, bersama dengan Takwim Kiraan Panjang Maya "Mayan Long Count Calendar", setiap lima puluh dua tahun, atau kitaran, kuil dan piramid diubah suai dan dibina semula. Ia kelihatan sekarang bahawa pembinaan semula sering dicetuskan oleh pemerintah baru atau untuk tujuan politik, dan bukannya bergantung kepada kiraan kitaran takwim. Bagaimanapun, proses membina semula di atas struktur lama merupakan satu kebiasaan. Paling penting, Acropolis Utara di Tikal kelihatannya merupakan hasil dari pengubah suaian arkitekture selama 1,500 tahun.

Pembinaan Penting

Pelantar Upacara "Ceremonial Platforms"

Pelantar Upacara biasanya merupakan pelantar batu kapur yang biasanya kurang dari empat meter tinggi di mana upacara umum dan upacara keugamaan dijalankan. Dibina dalam bentuk pelantar asas biasa, Pelantar Upacara sering dihiasi dengan ukiran lembaga, alters dan kemungkinannya tzompantli, pacang yang digunakan untuk mengantung kepala mangsa korban atau kepala pasukan permainan bola Mesoamerika yang kalah.

Istana

Istana Maya pada kebiasaannya bersaiz besar dan berhias indah, terletak hampir dengan pusat bandar dan didiami kaum bangsawan. Sebarang istana diraja yang teramat besar, atau mengandungi bilik pada aras berlainan boleh dirujuk sebagai akropolis. Bagaimanapun, seringkali istana adalah satu tingkat dan mengandungi banyak bilik kecil dan sering mengandungi sekurang-kurangnya satu halaman dalaman; struktur ini mengambil kira keperluan fungsi penghuni, termasuk juga hiasan diperlukan sebagai memenuhi taraf penghuni. Kebanyakan pakar kajipurba bersetuju bahawa kebanyakan istana merupakan makam. Di Copan, di bawah empat ratus tahun binaan semula, makam pemerintah silam telah dijumpai dan Acropolis Utara di Tikal kelihatannya merupakan tapak banyak penkebumian semasa tempoh Terminal Pre-klassik dan Awal Klassik.

Kumpulan E (E-groups)

Kehadiran binaan yang sentiasa terdapat di bandar Maya ini kekal sebagai suatu misteri. Tidak pernah gagal untuk muncul di sebelah barat dataran adalah kuil piramid, berhadapan dengan tiga kuil yang lebih kecil bersetentangan dataran. Ia telah diandaikan bahawa kumpulan-E ini adalah bangunan pencerapan bintang disebabkan kedudukan matahari yang tepat melalui kuil kecil apabila dilihat melalui piramid ketika solstis dan ekuinoks. Pendapat lain terhasil dari kemungkinannya cerita ciptaan yang digambarkan oleh ukiran dan hasil seni yang menghiasi struktur ini.

Kuil dan Piramid

Salah satu kuil yang dihasilkan oleh kaum Maya

Sering kali kuil keugamaan terpenting, terletak dikemuncak piramid Maya, yang dianggap tempat paling hampir dengan syurga. Sungguhpun perjumpaan baru menunjukkan kearah penggunaan meluas piramid sebagai makam, kuil itu sendiri kelihatannya jarang, jika ada, mempunyai makam. Walaupun tiada kamar pengkebumian, bagaimanapun, paderi Maya boleh memasuki ruang paling dalam, tiga bilik sempit untuk kegunaan pelbagai tujuan upacara. Terletak dikemuncak piramid, sesetengahnya melebihi dua ratus kaki, seperti yang terletak di El Mirador, setiap kuil mengkagumkan dan dihiasi dengan struktur berukir. Biasanya ditutup dengan atap (roof comb), atau dinding mengkagumkan di luar "superficial grandiose wall", kuil ini mungkin dijadikan sebagai sejenis propaganda. Kerana kadang-kadang satu-satunya struktur yang melepasi ketinggian hutan, atap sikat ( roof combs ) dipuncak kuil sering kali diukir dengan gambaran pemerintah yang boleh dilihat dari jarak jauh. Dibawah kuil agung terletak piramid yang merupakan pelantar bertingkat dibelah oleh tangga curam yang membenarkan laluan ke kuil.

Padang Bola (Ball Courts)

Sebagai aspek penting dalam cara hidup Mesoamerikan, padang bola bagi permainan bola adat dibina diseluruh alam Maya dan sering kali diadakan pada skala yang besar. Dikelilingi pada dua bahagian oleh cerun bertingkat yang menghala ke pentas upacara atau kuil kecil, padang bola itu sendiri adalah berbentuk huruf I besar dan terdapat di kesemua kecuali bandar terkecil Maya.

Padang bola agung Chichen Itza